Kejadian Kilat Makin Kerap Di Kutub Utara Membimbangkan

Fenomena kejadian kilat yang semakin kerap di Kutub Utara dipercayai memberi petanda bahawa terdapat perubahan iklim dunia yang merubah cuaca global.

kejadian kilat makin kerap di kutub utara membimbangkan

Menurut syarikat pemantau alam sekitar yang berpangkalan di Finland, Vaisala melaporkan sebanyak 7,278 kejadian kilat berlaku di Kutub Utara pada 80 darjah latitut, iaitu dua kali ganda daripada gabungan sembilan tahun sebelumnya.

kejadian kilat makin kerap di kutub utara membimbangkan

Artik sangat jarang berlaku kejadian kilat yang mana kejadian ini menjadi penanda aras buat para saintis mengesan krisis perubahan iklim global.

 

Menurut Pakar Meteorologi dan Pengurus Aplikasi Kilat Vaisala, Chris Vagasky berkata planet yang semakin panas telah mengecas persekitaran Artik lalu menyebabkan kejadian kilat berlaku dengan kerap.

 

“Kami mendapati bahawa kejadian kilat dan ribut petir kini melarat hingga ke Siberia dan bergerak ke Lautan Artik serta meneruskan pergerakan jauh ke bahagian utara.

“Udara panas dan lembap dari semua benua kini bergerak ke Lautan Artik dan ia berlaku secara berterusan, sekali gus menyebabkan banyak kejadian ribut tercetus di situ,” katanya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN