Kejadian gerhana merupakan satu kejadian alam yang paling menakjubkan. Bayangkan, ketika tengah hari pun, suasana akan menjadi suram dan kelam apabila kejadian ini terjadi.
Baru-baru ini, kejadian alam ini telah berlaku di Chile, Selatan Amerika. Beribu pengunjung telah hadir ke tepi tasik Pucon dan Villarica untuk menyaksikan kejadian yang hebat itu.
Gerhana tersebut terjadi selepas bulan melintasi di antara bumi dan matahari dan perkara tersebut telah menyebabkan bumi menjadi gelap.
Ketika suasana bertukar menjadi gelap yang hanya kelihatan hanyalah lampu daripada telefon bimbit pengunjung.
Bukan senang nak dapat merasai pengalaman macam ni kan? Memang beruntung lah sesiapa yang dapat merasainya.
Sumber: MIRROR