COVID-19 Makin Lemah, Pakar Ramal Kehidupan Kembali Normal April 2022

Seorang pakar kesihatan, Prof Paul Hunter meramalkan manusia akan kembali menjalani kehidupan normal pada April 2022, selepas virus COVID-19 menjadi semakin lemah.

covid-19 makin lemah, pakar ramal kehidupan kembali normal april 2022

Beliau yang juga profesor perubatan di Universiti East Anglia berkata, virus COVID-19 akan menjadi salah satu punca selesema biasa dan akan menjadi virus yang tidak lagi membimbangkan menjelang April 2022.

 

“Ia adalah penyakit yang tidak akan lenyap dan jangkitan juga tidak akan hilang biarpun kes jangkitan teruk akan berkurang.

“Lambat laun, kita perlu membiarkan individu yang dijangkiti COVID-19 menjalani kehidupan normal seperti yang mereka lakukan ketika mengalami selsema.

“Oleh itu, untuk satu tempoh, kita perlu lebih ‘terbuka’ (melonggarkan sekatan COVID-19),” katanya dalam satu wawancara dengan Badan Penyiaran Britain (BBC).

 

Meskipun varian baharu Omicron dilihat menular lebih jauh berbanding Delta, varian itu hanya mendatangkan risiko lebih ringan dengan kemasukan ke hospital antara 50 hingga 70 peratus lebih rendah berbanding Delta. Setakat ini, Omicron juga kurang memberi kesan kepada sistem kesihatan di seluruh dunia.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN