Awas Kehadiran Obor-Obor ‘Portugese Man of War’ di Pantai Bukit Keluang!

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berkunjung ke Pantai Bukit Keluang di Jertih, Terengganu kerana dikhuatiri disengat obor-obor berbisa.

awas kehadiran obor-obor ‘portugese man of war’ di pantai bukit keluang!

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, sebanyak lima kes sengatan obor-obor (4 kes kanak-kanak, 1 kes lelaki dewasa) dipercayai daripada spesies Physalia Physalis atau dikenali sebagai 'Portuguese Man of War' dicatatkan pada Jumaat dan Sabtu.

 

"Kesemua lima pesakit adalah pengunjung Pantai Bukit Keluang dan telah mendapatkan rawatan apabila mendapat kesan sakit dan merah di bahagian badan yang terlibat.

"Mangsa termasuk kanak-kanak telah dirawat di zon hijau dan didapati kesemua mereka mengalami reaksi setempat di kawasan jari dan pergelangan tangan. Kesemua pesakit juga telah dibenarkan pulang setelah pegawai perubatan mendapati keadaan mereka stabil," katanya.

awas kehadiran obor-obor ‘portugese man of war’ di pantai bukit keluang!

Ujarnya mangsa lelaki dewasa berusia 33 tahun itu datang ke hospital Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Besut pada lewat malam Sabtu setelah terkena sengatan hidupan marin itu.

 

Mangsa turut mengadu mengalami kesakitan di lengan dan gejala muntah akibat sengatan tersebut, namun beliau terpaksa dibenar pulang atas risiko sendiri kerana enggan dimasukkan ke wad.

 

"Sehubungan itu, pengunjung pantai peranginan di negeri ini dinasihatkan agar tidak mandi atau bermain air di kawasan yang terdapat spesies obor-obor bahaya ini.

"Sekiranya disengat obor-obor yang tidak diketahui spesiesnya, orang ramai dinasihatkan menggunakan air panas dengan julat suhu 45 darjah Celsius selama 30 minit untuk melegakan kesakitan dan segera mengunjungi fasiliti kesihatan berhampiran," katanya.

 

Sumber: Astro AWANI