Keberkesanan Vaksin Sputnik Menentang Omicron Akan Diketahui Tak Lama Lagi

Ujian keberkesanan vaksin COVID-19 Sputnik V Rusia terhadap varian Omicron akan memakan masa selama 10 hari sebelum ia dapat ditentukan sekiranya ia berfungsi untuk menentang varian baru COVID-19 tersebut.

keberkesanan vaksin sputnik menentang omicron akan diketahui tak lama lagi

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Gamaleva untuk Epidemiologi dan Mikrobiologi, Alexander Gintsburg.

“Saya fikir 10 hari sudah cukup untuk menguji keberkesanannya,” kata Gintsburg.

Terdahulu, Gintsburg pernah memberitahu bahawa institut Gamaleya mengesahkan bahawa pesakit yang dijangkiti Omicron yang tiba di Rusia dari Afrika Selatan telah menerima suntikan vaksin.

Tambahnya, sebarang keputusan untuk menggantikan vaksin sedia ada hanya akan dibuat selepas data lengkap melibatkan Omicron tersedia.

Bagi menghasilkan vaksin baharu, ia akan mengambil tidak lebih 10 hari dan prosedur kawal selia pula memerlukan 45 hari dan dua bulan, menurutnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN