Jangan Panik, Kebanyakkan Jangkitan Omicron Tidak Serius – WHO

Orang ramai diminta untuk tidak panik berhubung varian Omicron kerana bukti awal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan kebanyakkan kes jangkitan daripada varian ini menyebabkan simptom ringan atau tanpa gejala.

afrika selatan jangka gelombang ke-4 covid-19 susulan varian omicron

Perkara itu dimaklumkan Ketua Saintis WHO, Soumya Swaminathan yang berkata, meskipun varian itu merebak dengan cepat, belum ada tanda-tanda untuk mengubah suai vaksin sedia ada bagi melawan ‘varian membimbangkan’ itu.

 

‘’Kita perlu bersedia dan berhati-hati, jangan panik kerana kita ketika ini berada dalam situasi berbeza berbanding setahun yang lalu,’’ kata Swaminathan.

 

Tambah beliau, tiada tanda-tanda bahawa vaksin sedia ada kurang berkesan dalam mencegah kemasukan ke hospital dan kematian melibatkan varian Omicron.

omicron dikesan di 23 negara, who jangka terus meningkat

Sumber: [1]