Tidak dinafikan buah-buahan memainkan peranan penting sebagai sumber gula semulajadi seperti fruktosa, glucose dan sukrosa dengan sejumlah serat, vitamin, mineral dan nutrient yang lain. Buah-buahan yang berwarna kuning mengandungi jumlah vitamin c yang besar. Jadi ianya bukan saja baik untuk imun badan tetapi membantu kulit membina kolagen, kulit lebih anjal dan kelihatan muda. Jom baca manfaat buah berwarna kuning.
- Buah berwarna kuning ini juga mengandungi vitamin A yang sangat penting untuk kesihatan mata.
- Antioksida dalam buah-buahan dikatakan mampu menentang radikal bebas.
- Buah-buahan berwarna kuning ini membantu menyihatkan jantung dengan mengurangkan tekanan darah dan kolestrol. Selain itu ia snagat membantu dalam mengekalkan kesihatan pH tubuh badan.
- Buah-buahan ini mengandungi tahap serat yang tinggi sekaligus membantu memastikan sistem pencernaan berjalan dengan lancar.
- Nutrien dan zat daripada buah berwarna kuning sangat penting untuk pembentukkan tulang dan gigi
Kesemua nutrisi dan zat buah buahan amat baik dalam membantu proses penyembuhan dari segi kesihatan luaran dan dalaman.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita