Kebaikan Minum Air Barli Lemon, Boleh Bantu Turunkan Kolesterol Dan Berat Badan

Tahukah anda yang sebenarnya dengan mengamalkan minum air barli lemon akan memberikan kesan baik kepada badan kita. 

Antara kesan yang baik adalah ia dapat membantu untuk menurunkan kolesterol dan juga berat badan. Menarik kan? 

Selain daripada itu, air barli lemon ini juga mampu mencegah jangkitan saluran kencing, mencegah batu karang dan anti bakteria sesuai sangat untuk orang yang sedang demam. 

Cara nak buat pun mudah dan rasanya juga sedap. Boleh la minum setiap hari.  Lagi berhasil kalau anda minum satu gelas setiap hari. 

Jom tengok cara-cara nak buat Air Barli Lemon di bawah. 

Bahan-bahan:

  • Barli biji

  • Madu

  • Lemon

Cara-cara:

  1. Basuh barli dan rendam seketika.

  2. Masak barli sehingga lembut.

  3. Masukkan dalam cawan.

  4. Masukkan sedikit lemon dan juga madu.

Sumber: Facebook @Siti Hailia