“Kawan-Kawan” Jenis Ini Yang Patut Kita Jauhi

“kawan-kawan” jenis ini yang patut kita jauhi

Kawan-kawan merupakan antara insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tetapi jika anda mempunyai kawan-kawan yang toxic ataupun fake, berjaga-jaga lah. Tapi ada ke kawan-kawan yang jenis macam ini.

1. Bermuka-muka

Kawan yang bertalam dua muka ini sebenarnya sangat lah bahaya. Sebab kita tak akan pernah tahu apa niat sebenarnya.

2. Terlalu kedekut

Kawan yang terlampau kedekut jenis yang suka mengira, ini baru soal duit. Tapi cuba fikir kalau anda terhutang budi kepada mereka. Bahaya.

3. Tidak menepati janji atau masa

Susah sebenarnya nak percaya orang yang tak suka menepati janji ataupun masa. Pertama sekali, sudah nampak diri mereka tidak menghormati masa seseorang dan attitude yang suka cakap besar tapi tak perform bila member betul-betul mengharapkan pertolongan dia. 

4. Batu api

Kawan yang baik akan tenangkan kita bila perasaan marah dan geram tentang sesuatu situasi tapi jika anda ada kawan yang jenis batu api ini susah sikit. Mereka ini suka tambahkan kemarahan dan membutakan kita dengan emosi negative yang kita tengah rasa pada ketika itu.

5. Pentingkan diri sendiri

Memang la kena letak diri sendiri terlebih dahulu tetapi kalau setiap situasi kena letak dirinya sahaja. Kalau nak keluar makan, kena ikut kehendak dia. Kalau nak tengok wayang kena tengok apa yang dia suka. Sikap yang tidak bertolenrasi ini yang tidak digemari oleh ramai.

Sumber: Remaja