Gabenor Wilayah Osaka, Hirofumi Yoshimura berkongsi yang kesemua katil kadbod atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 akan diguna pakai oleh pesakit COVID-19.
Katil kadbod yang dikitar semula dari perkampungan atlet di Tokyo itu kemungkinan akan digunakan kemudahan oleh perubatan sementara yang bakal didirikan oleh wilayah tersebut menjelang akhir bulan ini.
“Tempat tidur itu dibuat untuk warga Olympian dan berkualiti tinggi,” kata Yoshimura.
Sebanyak kira-kira 800 katil kadbod, yang dirancang untuk menampung berat badan orang ramai hingga 200 kilogram, dan bantal yang digunakan selama Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 berlangsung, diharapkan dapat dipindahkan ke kemudahan perubatan untuk pesakit COVID-19 dengan gejala kecil atau tanpa gejala.
Pembekal produk malahan memberitahu pihaknya bersedia memberikan tempat tidur untuk kemudahan tersebut, yang akan dibina di pusat pameran besar.
Sumber: [1]