Karaoke Superstar Rancangan Terbaru Astro, Raikan Kaki Karoks Dengan Geng Selebriti Popular!

Astro Ria (saluran 104) kembali menghiasi minggu dengan program televisyen realiti nyanyian artis popular terbaru, Karaoke Superstar yang bakal bersiaran pada setiap Ahad mulai 5 Jun ini jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

karaoke superstar rancangan terbaru astro, raikan kaki karoks dengan geng selebriti popular!

Karaoke Superstar memberi kelainan daripada program-program nyanyian keluaran Astro Ria dengan berkonsepkan karaoke yang merupakan aktiviti riadah kegemaran ramai rakyat Malaysia. Ia merupakan sebuah program pertandingan berkaraoke antara dua penyanyi terkemuka yang akan bersaing dalam setiap episod. 

Secara uniknya, mereka akan berganding dengan peminat-peminat setia yang dipilih daripada kelab peminat mereka tersendiri dengan kaedah cabutan dalam segmen-segmen tertentu. Sepanjang program ini dijalankan, semua persembahan artis-artis yang terbabit akan diiringi oleh ‘live’ band untuk memberi kelainan dalam berkaraoke.

Karaoke Superstar merupakan buah tangan istimewa buat kelab peminat selebriti tanah air kerana mereka juga turut dapat menyertai artis kegemaran mereka bertanding sebagai seorang peserta dalam kumpulan yang sama. Pembabitan peminat ini boleh menentukan siapakah yang akan menang sebagai juara secara keseluruhan untuk minggu tersebut. Kriteria lagu yang dipilih dalam program ini merupakan lagu-lagu popular selebriti tanah air dan juga antarabangsa yang sering menjadi pilihan para pengunjung pusat karaoke. Antara keunikan dan cabaran buat selebriti dalam program ini adalah mereka bakal menyanyikan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan di mana-mana platform dan merupakan lagu-lagu yang bergenre di luar keselesaan mereka.

Tambah menarik, program ini juga menyerlahkan rasa dan suasana berkaraoke dengan memaparkan lirik lagu-lagu nyanyian artis-artis tersebut ketika membuat persembahan.

Peminat dan penonton di rumah boleh menyanyi bersama menerusi paparan lirik tersebut yang juga boleh diakses dengan menekan butang sarikata di alat kawalan televisyen Astro mereka. Para juri dapat memberikan markah kepada mereka dalam setiap segmen berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam industri.

Bersiaran selama 10 minggu, ‘Karaoke Superstar’ dipecahkan kepada lima segmen yang akan

memberikan cabaran berasaskan nyanyian, permainan, duet bersama peminat serta kuiz yang menguji bakat dan pengetahuan para artis akan industri hiburan.