Wajah Karaker Yoda Diinspirasikan Oleh Albert Einstein

Siapa sangka wajah salah satu karakter yang terkenal menerusi trilogi filem Star Wars, iaitu Yoda, adalah diinspirasikan daripada tokoh terkenal, Albert Einstein!

wajah karaker yoda diinspirasikan oleh albert einstein
 
Menerusi Mental Floss, Stuart Freeborn yang merupakan artis kesan khas dan pengawas solek Star Wars, akui bahawa karakter Yoda sebenarnya dipengaruhi tak lain tak bukan, saintis Einstein yang juga pencetus teori kerelatifan.
 
Tercetusnya idea untuk mengambil inspirasi daripada Einstein pada Yoda adalah apabila Freeborn terlihat gambar Einstein yang tergantung di dinding pejabatnya.
 
Gambar Einstein yang tergantung di sebalik patung Yoda itu akhirnya menyebabkan Freeborn terinspirasi dengan mata dan kerutan di sekitar wajah Einstein dalam memuktamadkan penampilan akhir Yoda.
 
Padan sajalah selain daripada ciri telinganya yang tajam dan warna simboliknya iaitu hijau zaitun, Yoda turut terkenal kerana kebijaksanaannya.
 
Manakan tidak, karakter terbabit menerima pengaruh daripada salah seorang tokoh akademik yang cukup terkenal dalam sejarah.

 
Sumber: Mental Floss