Kapal angkasa milik China dijangka akan mendarat di Marikh pada bulan Mei ini. Perkara tersebut dilaporkan oleh agensi angkasa lepas negara tersebut.
Kapal angkasa yang dilancarkan pada Julai lalu dijadualkan mendarat di Utopia Planitia, sebuah tempat di kawasan hemisfera utara planet Marikh.
Dalam masa yang sama, Amerika Syarikat dan UAE juga telah melancarkan kapal angkasa mereka ke Marikh pada tahun ini. Pada tahun 2003, China menjadi negara ketiga menghantar manusia ke angkasa lepas dengan roket ciptaan mereka sendiri.
Nampaknya, China telah menjadikan industri angkasa lepas sebagai keutamaan mereka sejak kebelakangan ini dan mereka mencuba untuk menjadi yang paling besar pada tahun 2030.
Sumber: The Star