Kane Cecah 150 gol!

kane cecah 150 gol!

Tottenham Hotspur melonjak ke tangga ke-2 Liga Perdana Inggeris selepas kalahkan West Bromwich Albion 1-0.

Gol kemenangan Spurs dijaringkan oleh penyerangnya, Harry Kane ketika perlawanan berbaki 2 minit lagi

Selain bantu pasukannya raih 3 mata penuh, Kane juga telah menjaringkan gol ke-150 nya dalam saingan EPL.

kane cecah 150 gol!

Pemain terpantas untuk jaringkan 150 gol dalam saingan EPL ni tak lain tak bukan ialah legenda Newcastle dan England, Alan Shearer.

kane cecah 150 gol!

Shearer hanya perlukan 212 perlawanan je untuk mencecah 150 gol.

Kane juga merupakan pemain ke-10 dalam sejarah EPL yang berjaya mencecah 150 gol ni.

Selain Shearer dan Aguero, pemain lain yang berjaya meraih pencapaian ini ialah Wayne Rooney, Andy Cole, Frank Lampard, Thierry Henry, Robbie Fowler, Jermaine Defoe dan Micheal Owen.

Semuanya pemain yang hebat-hebat belaka!

Gol jaringan Kane ini juga merupakan gol ke-201 nya sebagai pemain Tottenham.

Kane berpeluang cerah untuk muncul penjaring terbanyak dalam sejarah Spurs dan hanya perlukan 66 gol lagi untuk pintas legenda kelab itu, Jimmy Greaves yang miliki 266 gol.

Oleh : Karami Kamel