Kanak-Kanak Dijangkiti COVID-19 Berisiko Hidap Diabetes

Kanak-kanak yang tidak menerima suntikan vaksin bukan sahaja terdedah kepada jangkitan COVID-19 namun juga komplikasi lain seperti diabetes.

kanak-kanak dijangkiti covid-19 berisiko hidap diabetes

Risiko itu mungkin berlaku terhadap kanak-kanak berdasarkan hasil kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman.

“Sebenarnya keputusan itu telah diperolehi pada Januari lalu, memang telah dapati bahawa COVID-19 sebenarnya boleh menyebabkan diabetes jenis pertama dalam kalangan kanak-kanak. Diabetes ada dua jenis iaitu yang pertama dan kedua.

“Jenis yang pertama ini lebih menyebabkan peningkatan diabetes meningkat semasa pandemik COVID-19 berbanding sebelumnya,” katanya.

Lanjut beliau, mereka yang terjejas teruk akibat COVID-19 terutamanya membabitkan kategori empat dan lima.

Sebagai tambahan, penentuan tahap simptom jangkitan sehingga menyebabkan berlakunya risiko diabetes itu juga bergantung pada pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak, menurut Dr Malina.

Namun katanya, kajian di lapangan di negara ini perlu dilaksanakan sepenuhnya sebelum membuat sebarang keputusan bagi memberikan maklumat yang lebih tepat dan realistik seiring dengan keadaan semasa negara.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN