Kanak-Kanak Rasa Ingin Tahu Cuba Buka Pintu Pesawat Masa Penerbangan

Seorang kanak-kanak yang mempunyai rasa ingin tahu, bertindak cuba membuka pintu pesawat ketika sedang dalam penerbangan.

kanak-kanak rasa ingin tahu cuba buka pintu pesawat masa penerbangan

Ekoran daripada insiden itu, juruterbang pesawat jenis Citilink, penerbangan dari Jakarta ke Batam, Indonesia, terpaksa berpatah balik gara-gara tindakan kanak-kanak tersebut.

kanak-kanak rasa ingin tahu cuba buka pintu pesawat masa penerbangan

Kejadian berlaku pada Isnin, ketika pesawat baru sahaja berlepas dari lapangan terbang Sultan Mahmud Badaruddin II kira-kira jam 4.05 petang waktu tempatan.

 

“Anak kapal meminta ibu bapa kanak-kanak itu menjelaskan insiden terbabit. Mereka juga perlu menerangkan perkara itu kepada pihak berkuasa di lapangan terbang Sultan Mahmud Badaruddin II,” kata Diah Suryani, Citilink Corporate Secretary dan CSR VP.

 

Dalam kejadian itu, kanak-kanak berkenaan tidak diawasi oleh ibu bapanya, hinggakan beliau cuba membuka pintu pesawat semasa dalam penerbangan. Mujur pintu pesawat tidak berjaya dibuka semasa kejadian tersebut. Kes itu bagaimanapun masih disiasat pihak berkuasa.

 

Sumber: [1]

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN