Tekanan Akibat Lockdown, Kanak-Kanak Ini Cabut Rambut Sendiri Sampai Botak

Dek kerana tekanan akibat sekatan pergerakan (lockdown), seorang kanak-kanak perempuan di United Kingdom nekad mencabut rambutnya sendiri hingga botak.

tekanan akibat lockdown, kanak-kanak ini cabut rambut sendiri sampai botak

Kanak-kanak berusia 8 tahun itu dipercayai tertekan kerana tidak dapat keluar bermain dan berjumpa rakan-rakannya, mula bertindak mencabut bulu matanya pada April lalu, sebelum mula mencabut rambutnya sendiri tidak lama kemudian.

tekanan akibat lockdown, kanak-kanak ini cabut rambut sendiri sampai botak

Menurut ibunya, beliau telah dibawa ke hospital dan didiagnos dengan sejenis gangguan yang disebut sebagai trikotilomania. Gangguan mental ini menyebabkan seseorang itu terdorong untuk mencabut rambut sendiri.

 

Lebih parah, kanak-kanak yang bernama Amelia Mansie itu kini berdepan dengan rakan yang mengejeknya kerana keadaannya yang kini botak.

tekanan akibat lockdown, kanak-kanak ini cabut rambut sendiri sampai botak

Sejak mencabut rambutnya sendiri, beliau kini hanya memiliki beberapa helai rambut yang panjang di bahagian belakang kepala dan terpaksa memakai pelitup kepala atau rambut palsu setiap kali mahu keluar dari rumah.

tekanan akibat lockdown, kanak-kanak ini cabut rambut sendiri sampai botak

"Saya menyedari dia kehilangan bulu mata ketika menjalani sekatan pergerakan yang pertama.

"Pada mulanya saya tidak mahu terlalu memikirkannya, tetapi selepas itu dia tidak mempunyai bulu mata sama sekali.

"Ketika musim sejuk berakhir, keadaan menjadi lebih buruk dan saya lihat dia mula menarik rambut di kepalanya," kata ibunya.

 

Kanak-kanak itu juga terpaksa dihantar berjumpa pakar terapi setiap minggu dalam usaha membantu beliau keluar daripada tekanan diri.

 

Sumber: [1]