Kanak-Kanak Bawah 3 Tahun Lebih Mudah Tularkan COVID-19

Kanak-kanak dibawah usia tiga tahun didapati lebih mudah menularkan virus COVID-19 kepada orang lain, jika dibandingkan dengan remaja antara usia 14 hingga 17 tahun.

kanak-kanak bawah 3 tahun lebih mudah tularkan covid-19

Ia dirumuskan menerusi atu kajian yang diterbitkan dalam data kesihatan awam dari Ontario, JAMA bagi mengenalpasti kluster COVID-19 dimana kanak-kanak menjadi punca kepada penularan kes COVID-19 dalam sesebuah rumah.

 

Ketika awal pandemik, beberapa saintis mendakwa risiko jangkitan menurun seiring dengan pertambahan usia, namun andaian itu dibuat mungkin kerana perintah berkurung dan kurangnya pergaulan antara kanak-kanak.

 

“Dalam sesetengah kes, ini bertentangan dengan apa yang pernah diberitahu sebelum ini.

“Kami tahu kanak-kanak boleh dijangkiti dan menjangkiti virus dan kami belajar lebih banyak mengenainya,” kata pakar pediatrik penjagaan primer dan penolong profesor pediatrik di Columbia University Irving Medical Center, Dr. Edith Bracho Sanchez.

 

Mereka dibawah usia tiga tahun termasuk bayi lebih berisiko dijangkiti dan menyebarkan kepada orang lain kerana wujudnya kontak langsung.

kanak-kanak bawah 3 tahun lebih mudah tularkan covid-19

“Kanak-kanak berusia beberapa bulan sehingga tiga tahun dijaga dan dipegang dengan cara berbeza iaitu dipeluk,” kata kata Dr Paul Offit, pengarah Pusat Pendidikan Vaksin dan profesor pediatrik di Bahagian Penyakit Berjangkit, Hospital Kanak-Kanak Philadelphia.

 

Bagaimanapun risiko kematian dan penyakit teruk masih jauh lebih rendah pada kanak-kanak jika dibandingkan dengan remaja dan golongan dewasa.

 

Lebih banyak kajian perlu dibuat untuk memahami risiko jangkitan dalam konteks varian COVID-19 yang berbeza.

 

Sumber: [1]