Kampung Terakhir Di Singapura Terletak Di Buangkok, Sewa Rumah Semurah RM55 Sebulan!

Di Singapura, kebanyakan penduduk tinggal di pangsapuri awam moden.

kampung terakhir di singapura terletak di buangkok, sewa rumah semurah rm55 sebulan!

Namun, lain pula kehidupan untuk 25 buah keluarga ini yang menetap di Lorong Buangkok.

Lorong Buangkok adalah satu-satunya perkampungan tradisional yang digelar oleh penduduk tempatan sebagai kampung kekal di negara kota itu.

Seorang lelaki bernama Singapura bernama Sng Teow Koon telah membeli sebidang tanah seluas 12,248 meter persegi itu pada 1956.

Sekarang, tanah tersebut dikatakan memiliki nilai yang mencecah hingga 70 juta dolar Singapura (RM218,749,184).

Anak perempuan Sng, Mui Hong kini memiliki kampung itu, yang dikelilingi pangsapuri bertingkat tinggi dan banglo moden.

Pada pandangan pertama, kampung ini kelihatan seperti sebuah dusun dari pertengahan 1900-an, dengan rumah yang diperbuat daripada kayu dan bumbung zink.

Tetapi jangan dipandang sebelah mata, kerana ramai penduduk di situ sebenarnya menikmati teknologi terkini termasuk WiFi berkelajuan tinggi, TV pintar selain memiliki kereta mewah.

“Penduduk tidak miskin, setiap rumah mempunyai kereta,” kata Sng kepada Insider sambil menambah bahawa mereka mahu mengekalkan budaya.

Walaupun penduduk di sini tinggal di rumah tradisional, tetapi kehidupan mereka tidak berbeza dengan rakyat Singapura lain yang tinggal di kediaman lebih moden.

Bagaimanapun, penduduk kampung itu membina pagar untuk melindungi diri daripada penceroboh berikutan terdapat orang luar termasuk ejen hartanah dan wartawan yang menceroboh kawasan tersebut selepas laporan tempatan menunjukkan tanah itu bernilai sekurang-kurangnya AS$33 juta (RM139,524,000)  pada 2007, menurut seorang pemandu pelancong, Kyanta Yap.

“Secara tradisinya, penduduk kampung mempercayai ‘gotong royong’ mewakili semangat kemasyarakatan yang kuat tanpa sempadan. Tetapi kini mereka mengunci pintu dan pintu pagar kerana terlalu ramai orang yang menceroboh kampung itu,” kata Yap.

Tambahnya, separuh daripada penduduk di kampung itu adalah Melayu Islam.

Pada 1960-an, penduduk kampung itu mendirikan surau di situ yang mana rumah ibadat itu mampu memuatkan hingga 200 orang.

Surau itu juga bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada penduduk Islam di kampung itu tetapi juga orang Islam yang tinggal di tempat lain di negara itu.

Walaupun nilainya yang tinggi, Sng hanya mengenakan bayaran sebanyak AS$4 (RM16) hingga AS$13 (RM54), jelas Yap.

Sebagai perbandingan, sewa bulanan untuk rumah tiga bilik tidur di Singapura bermula pada AS$4,000 (RM16,912) sebulan.

“Mengapa saya perlu menaikkan sewa sebagai tuan tanah generasi kedua?

“Jika saya cuba menaikkan harga, mereka hanya akan membuat bising,” kata Sng.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN