Kalau Tak Komplen Tak Boleh Ke?

Rasanya ramai yang lega lepas dengar pengumuman Perdana Menteri. Lagi-lagi Mak Cik Kiah. Bukan main suka lagi kan? Tersenyum-simpul kat rumah tu. Hahaha.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk ringankan beban rakyat. Ye lah, sekarang kan kerajaan tengah laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bendung penularan wabak COVID-19. Jadi rakyat diminta #DudukRumah dan tak payah keluar kalau tak ada urusan penting. 

Dalam ramai yang bergembira dengan pengumuman tadi, tetap ada juga yang tak puas hati. Pulaaaaaakk. Dasar netizen betul lah.Komplen 24 jam. Bila tak bantu, tanya bila nak bantu. Bila bantu, itu tak kena, ini tak kena.

kalau tak komplen tak boleh ke?

Ada juga yang membanding kerajaan sekarang dengan kerajaan sebelum. Rasanya bukan masa untuk semua ni kot. Sekarang ni apa yang penting kita selesaikan dulu isu COVID-19 ni. Macam mana nak selesaikan? #StayAtHome atau #DudukRumah. Dah berminggu dah PKP ni takkan masih tak tahu kan?

kalau tak komplen tak boleh ke?

Bukan isu Pakej Rangsangan Ekonomi je yang dikomplen. Netizen ni akan komplen semua benda. Cuaca panas, komplen. Cuaca sejuk, komplen. 

kalau tak komplen tak boleh ke?

Daripada komplen 24 jam, baiklah buat sesuatu yang produktif kan? Memasak ke, buat kopi dalgona ke takpun bersenam je kat rumah tu. Badan pun sihat. Alang-alang tengah PKP ni, ini lah masanya nak bersenam kan? Sudah-sudahlah komplen. 

Sama-sama kita doakan agar pandemik COVID-19 ni dapat diselesaikan secepat mungkin di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Ingat, kerap cuci tangan, kekalkan penjarakkan sosial dan #DudukRumah

Oleh: Karami Kamel