Seorang wanita di California terpaksa dipotong kaki dan tangannya akibat terkena jangkitan bakteria selepas memakan beberapa ekor talapia yang telah dicemari.
Menurut laporan, wanita yang dikenali sebagai Laura Barajas, 40, terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya pada Khamis lalu selepas berbulan dia berada di hospital.
Wanita berkenaan yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun, dilapor jatuh sakit beberapa hari selepas memakan ikan talapia yang dibeli di sebuah pasar tempatan dekat San Jose.
Akibat daripada jangkitan bakteria Vibrio Vulnificus, jari, kaki dan bibir wanita tersebut bertukar menjadi hitam, selain dia mengalami sepsis lengkap dan buah pinggangnya juga tidak berfungsi.
Bakteria tersebut boleh membawa maut dan kerap ditemui dalam makana laut mentah serta air laut.
Sumber: Kosmo!