Semua benda indah dan sweet saat bercinta. Disebabkan perasaan ini cinta terlalu indah, makanya ramai yang jadi tak produktif?
Menurut kajian yang diterbitkan oleh jurnal Motivation and Emotion, oleh Henk van Steenbergen bersama rakan penyelidik lain dari Leiden University dan University of Maryland, kebanyakkan mereka yang sedang asyik bercinta akan menjadi malas.
Satu kajian dijalankan keatas 43 responden yang baru bercinta dalam tempoh 6 bulan. Mereka diberikan tugasan sepanjang tempoh mereka bercinta.
Menurut Steenbergen, jika otak berlebihan berfikir tentang cinta, ia akan kurang memberi tumpuan kepada perkara lain.
Kalau dah makan tak kenyang, tidur tak lena. Nak fokus buat benda lain apatah lagi. LOL!