Kajian Dapati Wanita Di Malaysia Lebih Cenderung Dapatkan Vaksin Berbanding Lelaki

Kajian mendapati golongan wanita di Malaysia lebih cenderung untuk mendapatkan vaksin berbanding golongan lelaki dan ia berkemungkinan ada kaitan dengan sikap wanita yang dikatakan lebih mementingkan kesihatan berbanding lelaki.

kajian dapati wanita di malaysia lebih cenderung dapatkan vaksin berbanding lelaki

Kajian yang dijalankan secara dalam talian itu merupakan kerjasama antara firma penyelidikan pasaran, IPSOS Malaysia bersama Monash University Malaysia, Sunway University dan Universiti Sains Malaysia.

Ia bertujuan memahami kecenderungan penerima vaksin menerusi kumpulan demografi berbeza serta melibatkan seramai 804 orang dewasa.

Selain itu, tinjauan yang sama turut mendapati golongan emas lebih cenderung untuk mengambil vaksin dengan 88% responden berpandangan sedemikian sementara bagi golongan belia pula, hanya 68% memiliki kecenderungan sama.

Sebagai tambahan, 84% daripada golongan warga emas difahamkan lebih cenderung untuk mendapatkan vaksin selepas menerima galakan daripada keluarga dan rakan sebaya sementara bagi 60% daripada golongan belia pula cenderung untuk mendapatkan vaksin hasil dorongan rakan sebaya.

Turut tidak ketinggalan, majoriti responden berpandangan bahawa COVID-19 merupakan penyakit yang menular melalui komuniti dan vaksinasi berupaya memanfaatkan komuniti secara keseluruhan.

 

Sumber: [1]