Kajian Dapati Varian Omicron Sebabkan Gejala Ringan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa terdapat bukti menunjukkan varian Omicron COVID-19 hanya berupaya menyebabkan gejala ringan yang mana ia hanya menganggu sistem respiratori di permukaan.

kajian dapati varian omicron sebabkan gejala ringan

Terang Pengurus Insiden WHO, Abdi Mahamud, banyak bukti dan kajian menunjukkan varian Omicron hanya menjejaskan bahagian atas badan.

Ia berbeza dengan varian-varian terdahulu yang menjejaskan paru-paru sehingga menyebabkan pneumonia.

Namun, masih banyak kajian yang perlu dijalankan bagi membuktikan penemuan ini.

Sejak mula dikesan November lalu, varian Omicron telah merebak ke 128 negara.

Meski kes jangkitan akibat varian tersebut mencatatkan rekod tinggi, tetapi kadar kemasukan ke hospital dan kematian dilaporkan lebih rendah berbanding fasa pandemik sebelum ini.

Abdi bagaimanapun memberi amaran bahawa kadar penularan tinggi bermakna varian terbabit bakal menjadi dominan dalam tempoh beberapa minggu lagi di kebanyakan negara selain mengancam sistem kesihatan di negara yang mencatatkan rekod vaksinasi rendah dalam kalangan populasinya.

 

Sumber: [1]