Kajian Dapati Lelaki Susah Nak Tidur Ketika Bulan Mengambang

Bulan mengambang atau bulan penuh merupakan salah satu fenomena alam yang terjadi apabila Bulan berada di sebelah Bumi dan bertentangan dengan Matahari.

kajian dapati lelaki susah nak tidur ketika bulan mengambang

Seperti dapat dilihat dari Bumi, hampir seluruh bahagian pada Bulan diterangi dengan cahaya yang dipantulkan daripada Matahari. Ramai yang mengambil kesempatan mengambil gambar Bulan kerana pada ketika ini ia sangat cantik dan jelas kelihatan.

 

Disebalik kejadian itu, ada satu kajian yang dibuat oleh penyelidik dari Universiti Uppsala mendapati, golongan lelaki lebih mengalami kesukaran tidur ketika fenomena bulan mengambang.

kajian dapati lelaki susah nak tidur ketika bulan mengambang

Kajian melibatkan 800 peserta dengan memantau tabiat tidur mereka, sama ada ketika bulan mengambang atau bulan sabit. Hasil kajian mendapati, kedua-dua lelaki dan wanita mengalami kesukaran tidur semasa bulan mengambang, dengan kekerapan itu terjadi kepada lelaki.

 

Hal ini berkait dengan kepekaan otak terhadap persekitaran bercahaya dan pengaruh kepada gelombang otak, membuatkan berlakunya kesukaran tidur.

 

“Hasil kajian ini sesuai untuk menyesuaikan diri dengan masalah tidur kronik dan apnea tidur yang teruk,” kata ketua penyelidik, Profesor Bersekutu Christian Benedict.

 

Dalam kajian itu, peserta diberikan pelaratan polisomnografi yang mengukur gelombang otak, pernafasan, ketegangan otot, pergerakan, aktiviti jantung dan pelbagai lagi dalam setiap peringkat tidur.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN