Jeff Bezos Cari Saintis Kaji Rahsia Panjangkan Umur Hingga Ratusan Tahun

Pengasas Amazon, Jeff Bezos kini sedang mencari mana-mana saintis bagi membantunya mengkaji rahsia untuk memanjangkan umur hingga ratusan tahun.

jeff bezos cari saintis kaji rahsia panjangkan umur hingga ratusan tahun

Projek yang dijalankan menerusi firma bioteknologi Altos Labs itu akan mengumpulkan saintis terbaik di dunia, termasuklah mereka yang memenangi anugerah Noble untuk kajian anti-penuaan.

 

Selain Bezos, mogul Internet Rusia iaitu Yuri Milner turut melabur dalam kajian itu.

 

“Kami sedang membina syarikat yang mana saintis terbaik dunia akan berkolaborasi dan menjalankan kajian tersebut,” kata pengasas bersama firma itu, Hal Barron.

jeff bezos cari saintis kaji rahsia panjangkan umur hingga ratusan tahun

Hasil daripada kajian yang akan dijalankan di Cambridge dan California, Amerika Syarikat itu juga dikatakan dapat membantu merawat penyakit kanser dan Alzheimer.

 

Sumber: [1]