Wanita Alami Detik Cemas, Kain Tersangkut Pada Eskalator

Seorang wanita mengalami detik cemas apabila kainnya tersangkut pada eskalator dalam satu kejadian di Marina Bay Sands, Singapura.

 

Menerusi video yang dimuatnaik di Tiktok, wanita itu pada mulanya merasakan ada yang tidak kena pada pakaiannya apabila hendak turun dari eskalator terbabit.

wanita alami detik cemas, kain tersangkut pada eskalator

Sedar yang kainnya sudahpun tersangkut pada eskalator, beliau menjerit kepada rakannya agar menekan butang berhenti sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

 

Ekoran dari kejadian itu, beberapa kakitangan MBS tiba untuk membantunya. Beliau juga diberikan sebotol air dan memastikan keadaannya baik-baik sahaja.

 

“Pengawal keselamatan itu berulang kali tanya jika saya okay atau tidak. Saya okay, baik-baik sahaja, yang ‘terluka’ hanyalah baju baru saya,” katanya.

wanita alami detik cemas, kain tersangkut pada eskalator

Beliau juga terpaksa berdiri selama 15 minit sebelum kainnya yang tersangkut itu berjaya dikeluarkan.

 

@herzianty__

The security was repeatedly asking if i was ok. I was totally okay, the only thing that was bruised was my pride 🤣 and my new dress. Thankful to the people who helped 🥹🥹 they were so so nice 😇

♬ Cumbia Buena - Grupo La Cumbia

 

Mujur tiada sebarang kecederaan berlaku.

 

Sumber: Must Share  News

ARTIKEL BERKAITAN