Musim tengkujuh adalah satu fenomena biasa yang berlaku apabila tibanya hujung tahun. Ketika ini, kebanyakkan tempat khasnya di negeri di Pantai Timur akan berdepan dengan bencana banjir.
![kagum lihat cara lelaki ini hadapi musim tengkujuh, “lambo ikat tepi satu!”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-23-at-1-38-58-pm.png)
Pelbagai persediaan telah pun dibuat mereka yang biasa berdepan dengan banjir, misalnya tindakan seorang lelaki ini yang membuat penyelesaian kreatif dengan ‘membungkus’ kereta mewah jenis Lamborghini Aventador S miliknya dalam satu plastik besar.
![kagum lihat cara lelaki ini hadapi musim tengkujuh, “lambo ikat tepi satu!”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-23-at-1-39-43-pm.png)
![kagum lihat cara lelaki ini hadapi musim tengkujuh, “lambo ikat tepi satu!”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-23-at-1-40-38-pm.png)
Menerusi video berdurasi hampir 30 saat, lelaki itu memasukkan kereta Lamborghini ke dalam plastik besar dan mengikatnya supaya tidak dimasuki air.
![kagum lihat cara lelaki ini hadapi musim tengkujuh, “lambo ikat tepi satu!”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-23-at-1-40-03-pm.png)
Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya memuji kreativiti pemilik kereta mewah itu dalam persediaan menghadapi musim tengkujuh yang berlaku di tempat tinggalnya.
Sumber: Tiktok @tamizimohamad