Kafein Berlebihan Boleh Menyebabkan Keguguran

Jika anda seorang pecinta air kopi selalunya memang susah nak fokus kerja seharian kalau tak dapat minum kopi kan?

Kopi seperti kita tahu mempunyai banyak kebaikannya, salah satunya dapat membuatkan kita fokus dan segar sepanjang hari. Tetapi sebaliknya pula untuk ibu mengandung. 

Untuk ibu mengandung, anda perlu berhati-hati dalam pengambilan kopi kerana kafein yang berlebihan boleh membahayakan kandungan anda. 

Dr Samhan ada berkongsi tentang perkara ini di akaun Twitter miliknya. Dr Samhan ada berkongsi beberapa kesan jika ibu mengandung mengambil kopi secara berlebihan. 

Menurutnya, pengambilan kafeine berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan, bayi boleh jadi kecil dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal trimester pertama(12minggu kehamilan).

“Jika kalian penggemar kopi atau minuman kola, berhenti mengambil kafein bukan perkara mudah. 

“Bertahan untuk 12 minggu pertama kehamilan dengan menggantikan dengan jus buah atau minuman tanpa kafein”, kata Dr Samhan. 

Tambahan lagi, selepas tempoh tiga bulan itu hadkan pengambilan kafein sehingga 200mg setiap hari jika kalian tidak boleh hidup tanpa minuman berkafein.

Selain daripada itu, ini adalah risiko jika anda mengambil kafein secara berlebihan: 

  • Insomnia. Sukar untuk lelapkan mata. Kurang rehat.

  • Gangguan pencernaan. Boleh ganggu sistem pencernaan, macam sembelit.

  • Tekanan darah tinggi. Kaffein akan menyebabkan denyutan jantung berdenyut lebih laju dan risiko untuk dapat tekanan darah tinggi.

  • Migrain. Bila minum kopi ketika mengandung terlalu banyak, ia menyebabkan anda migrain atau sakit kepala.

  • Anemia. Menyebabkan komplikasi sepanjang kehamilan di mana ibu hamil akan alami kurang zat besi.

  • Keguguran dan bayi kecil. Apabila terlalu banyak minum kopi ibu juga boleh keguguran saat di awal trimester pertama. Bahkan bayi juga boleh lahir dengan kurang berat.

 

Sumber: Twitter @DrSamhan