Kafe Kucing Dekat Jepun Ni Hanya Ada Kucing Hitam Je! Perghh!

kafe kucing dekat jepun ni hanya ada kucing hitam je! perghh!

Peminat kucing mesti akan suka café ni. Kafe Nekobiyaka merupakan sebuah café bertemakan kucing yang terletak di bandar diraja Himeje.

Tapu, apa yang menariknya kafe ni adalah mereka hanya menempatkan kucing yang berwarna hitam sahaja. Wow, baru lah lain dari yang lain kan.

Menurut pemilik kafe tersebut, idea untuk menempatkan kucing hitam itu terjadi selepas memikirkan nasib kucing jalanan. Selain itu, kucing berwarna hitam di Jepun kurang mendapat perhatian.

Kafe tersebut memberi peluang kepada para pelanggan untuk berinteraksi dengan kucing yang ada. Dengan cara tersebut, ia dapat menghapuskan pemikiran tahyul akan kucing warna gelap memberi nasib malang.

Sumber: Sinar Harian