Kadar Vaksinasi Dewasa Hampir Capai 90 Peratus, Sikit Lagi Nak Boleh Rentas Negeri Dah!

Kadar vaksinasi populasi dewasa negara hanya berbaki 1.2 peratus sahaja lagi sebelum ia mencapai 90 peratus.

kadar vaksinasi dewasa hampir capai 90 peratus, sikit lagi nak boleh rentas negeri dah!

Menurut perancangan, sebaik negara mencapai angka 90 peratus, kelonggaran negeri akan diberikan berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Seramai 20,786,568 individu atau 88.8 peratus daripada populasi dewasa dilaporkan telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Rabu lalu.

Menurut laman COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sekurang-kurangnya 94.6 peratus bersamaan dengan 22,135,242 populasi dewasa telah memperoleh sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, untuk populasi keseluruhan pula, sebanyak 20,915,720 atau 64 peratus telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka.

Setakat tulisan ini, jumlah kumulatif dos vaksin yang dijalankan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) merupakan 45,007,832 dos termasuk terhadap golongan remaja.

Sejak dilancarkan pada 24 Februari, PICK bertujuan memberikan vaksinasi kepada rakyat Malaysia dalam usaha membendung pandemik COVID-19 di negara ini.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN