Lepas 42 Hari Beroperasi Percuma, Highway WCE Mula Kenakan Bayaran Di Plaza Tol Assam Jawa

Kutipan tol di laluan persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) akan berkuatkuasa pada tengah malam ini (3 Jan).

lepas 42 hari beroperasi percuma, highway wce mula kenakan tol di plaza tol assam jawa

Dalam satu kenyataan oleh WCE, kadar harga tol yang dikenakan adalah mengikut kepada yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

 

“Mulai 3 Januari 2024, tepat jam 12:01 tengah malam, Lebuhraya WCE akan memulakan kutipan tol di Plaza Tol Assam Jawa, selepas beroperasi secara percuma selama 42 hari. Kadar tol untuk setiap kelas kenderaan adalah berdasarkan kadar tol yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

“Kutipan tol Lebuhraya WCE adalah secara elektronik sepenuhnya dan kami menasihatkan pengguna untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch n Go anda mencukupi. Sila pastikan anda menggunakan lorong pembayaran yang betul. Rujuk infografik berikut atau muat turun Aplikasi WCE App untuk maklumat lebih lanjut,” demikian menurutnya dalam kenyataan tersebut.

lepas 42 hari beroperasi percuma, highway wce mula kenakan tol di plaza tol assam jawa

lepas 42 hari beroperasi percuma, highway wce mula kenakan tol di plaza tol assam jawa

Sumber: Facebook WCE