Kadar Penggunaan Katil Di ICU Pulau Pinang Catat Penurunan

Selaras dengan jumlah kes positif COVID-19 yang semakin menurun, adar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Pulau Pinang turut sama mencatatkan trend penurunan.

kadar penggunaan katil di icu catat penurunan

Perkara tersebut dikongsikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang mana menurutnya, terdapat 101 buah katil ICU untuk pesakit COVID-19 di negeri tersebut yang terdiri daripada 69 katil di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala 32 katil lagi di Hospital Kepala Batas (HKB).

“Mengikut laman sesawang COVIDNOW, terdapat trend penurunan kadar penggunaan katil ICU di Pulau Pinang iaitu kepada 83.3 peratus.

“Bagaimanapun, kita mesti terus berwaspada dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan garis panduan ditetapkan walaupun sekatan jalan raya (SJR) bagi daerah negeri telah dimansuhkan,” jelasnya.

Sejak beberapa hari ini, Pulau Pinang merekodkan penurunan dalam kes jangkitan virus kepada tiga angka dan bawah jumlah 600.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN