Jangan Terlupa Bayar, Ini Senarai Kadar Zakat Fitrah

Zakat fitrah ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan.

jangan terlupa bayar, ini senarai kadar zakat fitrah

Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna.

 

Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan kurang berkemampuan serta mencukupkan keperluan mereka pada Hari Raya Aidilfitri.

jangan terlupa bayar, ini senarai kadar zakat fitrah

Hukum menunaikan zakat fitrah adalah wajib sebelum menunaikan solat sunat Aifilfitri, sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah itu sendiri iaitu:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

 

Kadar zakat fitrah adalah satu gantang dan nilainya bersamaan 2.751 kg, atau seperti yang berikut:

  • Perlis - RM7
  • Kedah - RM7, RM14, RM 21
  • Pulau Pinang - RM7, RM 12, RM16
  • Perak - RM7, RM14, RM21
  • Selangor - RM7, RM14, RM21
  • Negeri Sembilan - RM7
  • Melaka - RM7, RM14
  • Johor - RM7, RM10
  • Pahang - RM7
  • Terengganu - RM7
  • Kelantan - RM7, RM14, RM 21
  • Sarawak - RM7
  • Sabah - RM7
  • Wilayah Persekutuan - RM5, RM7, RM14

 

Sumber: PPZ / Astro Awani