Jutaan Rakyat Britain Ditawar Dos Ketiga Vaksin COVID-19 September Ini

Bagi menghadapi kemungkinan lonjakan kes COVID-19 pada musim luruh, jutaan rakyat Britain ditawarkan dos ketiga vaksin COVID-19 pada September ini dibawah satu garis panduan baharu.

jutaan rakyat britain ditawar dos ketiga vaksin covid-19 september ini

Menurut Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI), seramai 23 juta individu berusia 50 tahun keatas, individu berisiko dan kakitangan rumah penjagaan warga tua ditawarkan dos tambahan dibawah skim baharu yang bermula September ini. Tambah pula, berlaku peningkatan jumlah jangkitan kes COVID-19 baru-baru ini, yang dikatakan berpunca daripada kejohanan bola sepak Eropah yang sedang dianjurkan.

jutaan rakyat britain ditawar dos ketiga vaksin covid-19 september ini

Dos ketiga itu akan diberi dalam dua peringkat dengan memberi keutamaan pada mereka yang paling berisiko dijangkiti COVID-19. Dos ketiga itu disebut sebagai dos penggalak adalah daripada jenis vaksin sama seperti dos pertama dan kedua.

 

Pemberian dos ketiga ini katanya sebagai langkah untuk mengekalkan Britain sebagai berada di kedudukan hadapan dalam melawan pandemik COVID-19.

 

Data oleh University Oxford menunjukkan dos tambahan vaksin COVID-19 mampu mendorong imuniti yang boleh bertahan sekurangnya enam bulan.

 

Sumber: Daily Mail