Salah seorang juri yang mengendalikan kes fitnah antara bintang Hollywood Johnny Depp dan Amber Heard mendedahkan bahawa dia tidak termakan dengan ‘lakonan’ pelakon Aquaman itu, termasuk ‘air mata buayanya’.
“Ia seolah-olah dia dapat menukar suis pada emosinya,” kata juri yang tidak dikenal pasti identitinya itu kepada Good Morning America pada 16 Jun.
“Dia akan menjawab satu soalan dan dia akan menangis dan dua saat kemudian dia akan menjadi ‘cold’. Ia tidak kelihatan semula jadi.”
Juri itu juga percaya Heard telah diarahkan dengan teruk oleh pasukan undang-undangnya.
“Dia memerlukan nasihat yang lebih baik,” kata juri.
Menurut juri sama lagi, Depp dan Heard kelihatan sebagai pasangan menjerit antara satu sama lain, walaupun dakwaan penderaannya tidak meyakinkan.
Tambahnya, pihak mereka berlaku adil dan saksama dalam pengadilan tersebut tanpa mengambil kira faktor populariti.
“Tiada seorang pun daripada kami benar-benar peminat salah seorang daripada mereka,” dakwa juri tersebut.
Sumber: [1]