Anggota 2PM, Lee Junho Kini Antara Pelakon Korea Dengan Bayaran Termahal, Satu Episod Cecah RM300 Ribu!

Selebriti Korea Selatan juga anggota kumpulan 2PM, Lee Junho kini merupakan antara pelakon negara tersebut dengan bayaran tertinggi, menurut TMI News Show.

anggota 2pm, lee junho kini antara pelakon korea dengan bayaran termahal, satu episod cecah rm300 ribu!

Sejak membintangi drama hit, The Red Sleeve, pada tahun lalu, kemasyhuran Lee dilaporkan telah melonjak hebat sehingga terdapat laporan yang mengatakan beliau dibayar lebih daripada KRW 100 juta (RM340,000) setiap episod.

Terdahulu, anggota 2PM itu pernah berkongsi menerusi program Yoo Quiz on the Block bahawa beliau telah menerima lebih 100 tawaran berlakon sejak meraih populariti menerusi drama itu.

Lee yang berusia 32 tahun pertama kali menjejakkan kaki ke arena hiburan Korea Selatan pada 2008 menerusi kumpulan 2PM.

 

Sumber: New Straits Times & NME