Jung Kook Bakal Buat Persembahan Pembukaan Piala Dunia 2022!

Kejohanan Piala Dunia 2022 yang akan diadakan di Qatar pada 20 November ini akan diserikan dengan aksi pembukaan oleh ahli kumpulan BTS iaitu Jeon Jung Kook,

jung kook bakal buat persembahan pembukaan piala dunia 2022!

Bintang K-pop itu telah dipilih untuk membuat persembahan pada majlis pembukaan Piala Dunia tidak lama lagi.

 

Perkara itu diumumkan laman Twitter rasmi BTS semalam.

jung kook bakal buat persembahan pembukaan piala dunia 2022!

"Kami berbangga untuk mengumumkan Jung Kook menjadi sebahagian daripada runut bunyi Piala Dunia 2022 dan akan membuat persembahan pada majlis pembukaan. Nantikan," tulis BTS.

 

Majlis pembukaan Piala Dunia 2022 akan berlangsung pada 20 November ini dimana tuan rumah, Qatar akan membuka tirai menentang pasukan Equador.

 

Sepak mula akan diadakan selepas majlis perasmian Piala Dunia pada 20 November 2022 jam 12 tengah malam.

 

Sumber: Twitter BTS