Foto: DPA
Lupa kat mana letak kereta tu memang biasa. Yang luar biasannya bila jumpa balik kereta tu selepas lebih 20 tahun.
Pada tahun 1997, seorang lelaki warga Jerman telah membuat laporan polis menyangka keretanya hilang kerana dicuri.
Selepas l20 tahun, iaitu pada tahun 2017, pihak berkuasa Frankfurt akhirnya menemui kereta warga emas yang ketika itu sudah berusia 73 tahun di sebuah garaj, dalam sebuah bangunan lama. Namun kereta tersebut tidak dapat berfungsi dan ia perlu dilupuskan.
Difahamkan, insiden seperti ini bukan kali pertama berlaku di Jerman.