Jumlah Vaksinasi Lepasi Kadar Purata Dunia, Malaysia Ke Arah Capai Imuniti Kelompok

Jumlah kadar vaksinasi harian negara kini dilaporkan melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia.

jumlah vaksinasi lepasi kadar purata dunia, malaysia ke arah capai imuniti kelompok

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut berkongsi bahawa perkembangan itu sekali gus membantu Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat.

Sekiranya sasaran tersebut berjaya dicapai, rakyat Malaysia akan berupaya untuk kembali menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.

“Vaksinasi harian (Malaysia) juga kebelakangan ini mencatat sejumlah 250,000 dos suntikan sehari secara konsisten dan disasarkan 300,000 dos suntikan sehari mulai bulan ini,” katanya.

Setakat  Sabtu lalu, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 11,075,493 pemberian dos vaksin.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar terus berada di rumah untuk kawalan kendiri dan hanya keluar sekiranya terdapat keperluan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN