Jumlah Penonton Olimpik Tokyo Dihadkan Pada 50 Peratus Kapasiti Tempat Temasya

Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal berlangsung tidak lama lagi.

jumlah penonton olimpik tokyo dihadkan pada 50 peratus kapasiti tempat temasya

Susulan wabak COVID-19 yang masih melanda dunia, temasya tersebut yang akan diadakan bermula 23 Julai itu difahamkan akan dihadkan kepada 50% kapasiti tempat dengan maksimum 10,000 orang di kesemua tempat terlibat, dengan pengecualian terhadap pelajar yang hadir bahawa program sekolah berserta penyelia mereka kerana tidak dikategorikan sebagai penonton.

Perkara tersebut dijelaskan sendiri Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

“Jadual pertandingan sedia ada tidak berubah. Secara prinsipnya, kehadiran penonton pada acara sukan tertakluk kepada had dinyatakan,” terang IOC.

Bagaimanapun, menurut IOC, mereka akan melakukan semakan semula terhadap angkat penonton itu termasuk menimbang pertandingan diadakan tanpa kehadiran penonton andai kata perintah darurat atau langkah-langkah lain bertujuan mengekang penularan COVID-19 bakal dikuatkuasakan menjelang 12 Julai ini.

Dalam pada itu, antara garis panduan lain yang turut diumumkan menerusi kenyataan sama termasuklah penggunaan topeng muka sepanjang masa selain larangan menjerit atau bercakap dengan suara yang kuat serta meninggalkan tempat secara berperingkat.

Tambah IOC, penonton yang menghadiri temasya tersebut akan diminta untuk bergerak terus dari rumah ke tempat temasya dan sebaliknya sejurus tamat pertandingan.

Selain itu, mereka juga diwajibkan mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan perjalanan merentas wilayah.

Garis panduan terbabit diputuskan susulan daripada keputusan mesyuarat yang diadakan antara IOC, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, Kerajaan Metropolitan Tokyo dan kerajaan Jepun.

Menurut IOC lagi, sekiranya terhadap perubahan mendadak terhadap status jangkitan dan kapasiti sistem penjagaan perubatan, mesyuarat terbabit akan diadakan lagi bagi mempertimbangkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya.

 

Sumber: [1]