Jumlah Netizen Di China Kini Cecah Hampir Segenap Populasinya, Lebih 1 Bilion!

Jumlah netizen di China dilaporkan mencecah seramai 1.011 bilion orang setakat Jun 2021.

jumlah netizen di china kini cecah hampir segenap populasinya, lebih 1 bilion!

Memetik data Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC), angka tersebut melihat pertambahan sebanyak 21.75 juta orang berbanding Disember 2020.

Angka terbabit juga difahamkan mewakili 71.6% populasi negara terbabit yang memiliki akses internet.

Berdasarkan data sama lagi, penggunaan internet perseorangan di China pada separuh pertama 2021 menunjukkan trend pertumbuhan yang stabil.

Dalam pada itu, sebanyak 86.3% netizen China dilaporkan mempunyai pengalaman melakukan urusan pembayaran menerusi internet dengan catatan seramai 872 juta orang.

Sehubungan dengan itu, 80.3% netizen di negara terbabit yang bersamaan dengan sejumlah 812 juta penduduk mempunyai pengalaman membeli-belah dalam talian.

Turut tidak ketinggalan, seiring dengan pembangunan desa digital yang menggalakkan di China, sebanyak 59.2% populasi di kawasan desa telah dilengkapi akses internet.

 

Sumber: [1]