Julai 2021 Secara Rasminya Bulan Terpanas Yang Pernah Dicatatkan Dunia

Menerusi data global yang dikeluarkan Pusat Maklumat Alam Sekitar NOAA baru-baru ini, Julai 2021 secara rasminya merupakan bulan terpanas yang pernah dicatatkan dunia.

julai 2021 secara rasminya bulan terpanas yang pernah dicatatkan dunia

Menurut Pentadbir NOAA, Rick Spinrad, “Dalam kes ini, tangga pertama adalah tempat yang paling mendahsyatkan. Julai pada kebiasaannya memang bulan yang terhangat dunia setiap tahun, tetapi Julai 2021 melebihi Julai terdahulu serta mana-mana bulan terpanas yang pernah direkodkan. Rekod baru ini menambahkan lagi gangguan yang sudah pun disebabkan perubahan iklim di dunia.”

Menurut rekod, Asia mencatatkan Julai yang terhangat, diikuti Eropah yang mencatat Julai kedua terhangat; dan Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Oceania.

Berdasarkan data itu juga, 2021 berkemungkinan besar akan menjadi antara 10 tahun terhangat yang pernah dialami dunia, menurut Global Annual Temperature Rankings Outlook.

Panas melampau yang dinyatakan dalam laporan bulanan NOAA juga mencerminkan perubahan jangka masa panjang.

“Para saintis dari seluruh dunia menyampaikan penilaian terkini mengenai cara perubahan iklim,” kata Spinrad dalam satu kenyataan.

“Ini adalah laporan IPCC (Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim) yang serius yang mendapati bahawa pengaruh manusia, secara tegas, telah menyebabkan perubahan iklim, dan itu menegaskan bahawa impaknya semakin meluas dan cepat,” tambahnya.

 

Sumber: [1]