Pelbagai Tawaran Menarik Menanti Anda Sempena Hari Jadi Ke-8 Go Shop!

Perniagaan beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia, Go Shop telah melancarkan Jualan Hari Jadi ke-8 mereka pada hari ini dengan jualan menarik selama 3 minggu untuk pelanggan.

baucar rm8 juta antara yang ditawarkan go shop sempena jualan hari jadi ke-8!

Kempen ini akan berlangsung dari 18 Oktober hingga 8 November 2022 dengan tawaran hebat dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk meraikanya bersama pelanggan.

 

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Go Shop akan memberikan baucar RM8 juta, hadiah dan Go Points bernilai RM88,000 serta rancangan Live Party istimewa dengan tawaran istimewa dan tawaran Beli 1 Percuma 1.

 

Para pelanggan boleh membeli-belah dan menikmati penjimatan hebat merentasi semua kategori produk termasuk perkakas rumah, barangan dapur, makanan, fesyen dan produk kecantikan serta barangan digital.

 

Tawaran Ulang Tahun Ke-8 Go Shop!

 

#1 Bersiap sedia untuk 'Go Shop Live Parties'

Nantikan Go Shop 8mazing Live Parties dengan lebih 3 jam tawaran hebat untuk pelanggan merebut tawaran Beli 1 Percuma 1, promosi istimewa dan lebih banyak diskaun. Acara ini akan menampilkan tetamu-tetamu selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Hajjah Fouziah Gous, Chef Izyan Hani dan Wong Chui Ling. 8mazing Live Party akan bersiaran pada 29 Oktober ini dari jam 9.00 pagi - 12.30 tengah hari di Astro saluran 303 dan pada 30 Oktober dari jam 9.30 pagi - 1.00 petang di Astro saluran 118. Para pelanggan juga boleh strim acara ini secara SIARAN LANGSUNG melalui Astro GO atau di laman sesawang, aplikasi mudah alih, platform YouTube dan laman Facebook Go Shop.

baucar rm8 juta antara yang ditawarkan go shop sempena jualan hari jadi ke-8!

#2 Beli-Belah & Menang Hadiah Menarik

Pelanggan yang berbelanja minimum RM288 pada setiap pembelian akan mendapat penyertaan untuk bertanding dalam memenangi lebih RM88,000 hadiah menarik dan Go Points. Lebih banyak anda membeli-belah, lebih banyak penyertaan yang anda akan perolehi. Hadiah yang dimenangi termasuk Samsung Galaxy Z Flip4, Samsung Tab S7 FE, telefon pintar OPPO, tawaran pakej hotel, Go Points bernilai RM88 dan banyak lagi.

baucar rm8 juta antara yang ditawarkan go shop sempena jualan hari jadi ke-8!

#3 Nikmati Diskaun dengan Segera

Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM88 apabila menggunakan kod BDAY88 dengan perbelanjaan minimum RM688.

 

#4 Sambutan Pra-Ulang Tahun dengan Go Shop

Pelanggan boleh menonton 'Pre-Birthday Live Shows' pada hari Jumaat, 28 Oktober jam 11.00 pagi di Astro saluran 118 dan jam 12 tengah hari di Astro saluran 303 untuk membeli-belah dengan tawaran pukal barangan mesti beli (must-buy) bernilai RM88 dan RM188.

 

#5 Muat turun aplikasi Go Shop untuk Memenangi Lebih Banyak Hadiah

Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Go Shop di Google Play atau App Store dan memutar Emoji Wheel pada aplikasi tersebut setiap hari untuk memenangi Go Points.

baucar rm8 juta antara yang ditawarkan go shop sempena jualan hari jadi ke-8!

#6 Gembirakan diri anda dengan Kotak Misteri

Pelanggan akan menerima pelbagai hadiah apabila mereka membeli Emoji Mystery Boxes berharga RM18 yang terdiri daripada produk hebat daripada jenama-jenama seperti Neoflam, Aurasia, Haushault, Nakada, Pyrex dan banyak lagi yang bernilai lebih RM100,000 secara keseluruhan.

 

Layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop untuk maklumat lanjut!

 

 #GoShopis8

#8mazing8xciting