Jom Lari!!!

jom lari!!!

Ramai kan yang rasa tersiksa jiwa dan raga sebab tak dapat bersenam kat luar time PKP ni. Yelah dah lebih 40 hari tak mandi peluh jogging kat taman tasik kan…hehehe… Tapi kita semua pun tau larangan ni bukan saja-saja kerajaan buat. Ni semua pasal COVID-19.

Tapi kan tak lama lagi kita mungkin akan dibenarkan keluar rumah untuk bersenam…ha termasuklah jogging. Sukalah tu! Warga emas dan pesakit yang perlu bersenam pun boleh tarik nafas lega.

Menurut KKM, peraturan dan panduan pasal tu sedang diteliti misalnya tak bolehlah bersenam atau jogging berjemaah. Jarak sosial tetap kena jaga. Pengumuman lanjutnya dijangka dibuat tak lama lagi.

jom lari!!!

Haaa tapi sebelum nak keluarkan running shoes ataupun training shoes korang yang dah mula berhabuk tu tolong sematkan kat hati dan minda PKP tak tamat lagi! Hanya beberapa peraturan dilonggarkan. Jangan leka dan terus jaga jarak sosial dan kebersihan diri OK.
 

Oleh: KJ
Sumber & foto: AWANI, Kevin Zahri, RunSociety & internet