Kes harian Covid-19 semakin meningkat.
Rekod tertinggi yang pernah dicatatkan adalah semalam iaitu cecah 6,075 kes!
Selangor je dah lebih 2,000 kes, takutnyaaaaa.
So, sekarang ni bukan masanya untuk kita main-main dalam pematuhan SOP, guys!
Setiap SOP yang ditetapkan macam pakai pelitup muka, jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan kerap cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizerantara perisai untuk lindung diri kita daripada jangkitan virus Covid-19.
Sedangkan orang yang divaksin pun masih perlu patuh SOP, apatah lagi kita yang belum divaksin ni, kena lah double, triple penjagaannya.
Baru-baru ni, Ketua Pengarah Kesihatan nasihatkan kita untuk lakukakan sekatan pergerakan kendiri atau self-lockdown sebagai langkah pencegahan Covid-19.
Bahasa yang lagi mudah, PKP diri sendiri.
Macam mana nak buat tu? Haaa ni tips yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan..
Senang kan?
Tipu lah kalau kita tak boleh buat semua tips ni, bukan untuk sesiapa pun, untuk diri sendiri jugak dan orang di sekeliling kita.
Apa tunggu lagi, jom sama-sama kita praktikkan 5 tips mudah ni, di samping berdoa agar Covid-19 ni cepat-cepat pergi dari hidup kita.
Oleh: Izzati Amir