Johnny Depp Menang Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri

Pelakon Hollywood, Johnny Depp akhirnya menang kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, awal pagi tadi.

johnny depp menang saman fitnah terhadap bekas isteri

Perbicaraan yang berlangsung selama enam minggu sebelum ini adalah bagi menuntut saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya bagi kolum Washington Post.

.

Tuntutan ganti rugi sebanyak AS$50 juta (kira-kira RM218 juta) dibuat Depp dan kes ini mendapat perhatian ramai khasnya peminat pasangan ini di seluruh dunia.

.

Heard juga memfailkan saman balas AS$100 juta (RM437.8 juta) yang mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.

.

Depp bagaimanapun menafikan penderaan fizikal itu sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu sebenarnya yang sering bertindak ganas.

Sumber: [1]