Johnny Depp Dibuang Dari Francais Pirates Akibat Tuduhan Amber Heard

Pelakon Johnny Depp digugurkan daripada francais Pirates of the Caribbean kerana dakwaan penderaan domestik yang dibuat oleh Amber Heard, kata bekas ejen Hollywoodnya, sekaligus menyokong dakwaan pelakon itu terhadap bekas isterinya.

johnny depp dibuang dari francais pirates akibat tuduhan pirates

“Pendapat saya ialah ia berkaitan dengan tuduhan yang Amber telah buat,” kata Christian Carino, yang bekerja untuk Creative Arts Agency menerusi satu rakaman video.

Depp memfailkan kes fitnah terhadap Heard berhubungan ruangan yang dia tulis untuk The Washington Post pada Disember 2018 yang mana dia menggambarkan pelakon lelaki itu sebagai “tokoh awam yang mewakili penderaan domestik”.

Heard yang berusia 36 tahun tidak pernah menamakan Depp yang berusia 58 tahun tetapi dia menyamannya kerana menggambarkan dia sebagai pendera rumah tangga menuntut ganti rugi AS$50 juta (RM218 juta).

Heard yang dilahirkan di Texas bertindak balas dengan meminta AS$100 juta dan mendakwa dia mengalami keganasan dan penderaan fizikal.

Depp memfailkan aduan fitnah di Amerika Syarikat selepas kalah dalam kes fitnah berasingan di London pada November 2022 yang dibawanya terhadap The Sun kerana menggelarnya sebagai “pemukul isteri”.

Carino, bekas ejen Depp dan Heard, berkata ia tidak pernah dinyatakan secara jelas oleh Disney bahawa Depp telah digugurkan daripada francais Pirates kerana tuduhan penderaan domestik namun ia difahami.

Depp, memberi keterangan lebih awal bagi pihaknya sendiri, menyalahkan tuduhan oleh Heard atas kehilangan peranannya yang lumayan dalam Pirates sebagai Kapten Jack Sparrow.


Sumber: [1]