Johnny Depp Akui Dirinya Kini Diboikot Hollywood

Bekas bintang Pirates of the Caribbean, iaitu Johnny Depp akui bahawa dirinya kini diboikot Hollywood.

johnny depp akui dirinya kini diboikot hollywood

Menerusi satu temu ramah yang diadakan bersamanya baru-baru ini, Depp berbicara mengenai filem terbarunya yang berjudul Minamata.

Dalam filem tersebut, Depp memainkan watak sebagai jurugambar W. Eugene Smith, yang berdasarkan daripada kisah sebenar, yang mana pada suatu ketika dahulu, Smith pernah mendokumentasikan keracunan merkuri yang terjadi dalam kalangan penduduk kampung Jepun sekitar awal 1970-an.

Depp kemudian merenungkan kehidupannya selepas dituduh surat khabar The Sun sebagai pemukul isteri susulan satu artikel berkenaan tuntutan terhadap bekas isterinya, Amber Heard, yang telah ditolak, dan membuat perbandingan tentang situasi yang dilalui penduduk Jepun akibat diracun dan mereka yang menderita COVID-19.

“Rasanya seperti dicakar anak kucing,” luah Depp.

Tidak ketinggalan, Depp turut menjelaskan mengenai situasi yang membabitkan filem tersebut tidak akan ditayangkan di Amerika Syarikat seperti mana ia ditayangkan di United Kingdom.

“Hollywood boikot, erm, saya,” katanya.

“Seorang lelaki, satu pelakon dalam situasi yang tidak menyenangkan dan menyerabutkan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini?” katanya.

Terdahulu, Depp berkahwin dengan pelakon Amber Heard pada 2015.

Bagaimanapun, mereka berpisah pada tahun berikutnya dengan tuduhan berkenaan tingkah laku buruk masing-masing diajukan daripada kedua-dua belah pihak terhadap sesama sendiri.

Depp secara konsisten menafikan bahawa dia pernah mendera Heard dan telah mengajukan tuntutan saman fitnah AS$50 juta terhadap pelakon itu yang kini sedang melalui proses pengadilan mahkamah.

 

Sumber: [1]