Anggota kumpulan T-ara bakal menamatkan zaman bujangnya bersama atlet Korea, iaitu pemain besbol profesional KT Wiz, Hwang Jae Gyun.
10 Februari lalu, Jiyeon berkongsi satu nota tulisannya di Instagram.
Coretnya, “Tahun lepas, saya mempunyai seorang teman lelaki yang saya mula berkenalan selepas bertemu melalui seorang kenalan. Dia sentiasa mengambil berat tentang saya, menjaga saya, dan mengajar saya apa itu kebahagiaan. Musim sejuk yang akan datang, saya akan bertukar ikrar dengan teman lelaki ini yang seolah-olahnya seperti hadiah yang telah diberikan oleh kehidupan kepada saya.
“Saya akan hidup bahagia dan indah bersama teman lelaki saya yang boleh dipercayai, yang sentiasa memberikan saya bahu dan bersandar dan memegang saya dengan kuat apabila saya berasa tidak stabil.
“Saya bimbang anda mungkin terkejut dengan berita mengejut itu. Kini harinya telah tiba untuk saya berkongsi kebahagiaan ini dengan semua orang, saya juga gementar ketika saya menulis perkataan demi perkataan,” luahnya lagi.
Sumber: [1]